🚀 BELAJAR SETUP VPN DENGAN MUDAH MENGGUNAKAN TAILSCALE!
Nak setup VPN ni tak mudah, tapi dengan Tailscale, kejap je dah boleh siap.
KENAPA GUNA VPN? Sebab VPN membantu anda untuk akses aplikasi atau server anda dirumah, pejabat ataupun di cloud secara remote dengan selamat.
Tapi nak setup VPN server ni bukan sesuatu yang mudah. Banyak benda nak kena tahu dan belajar. Kalau first time setup memang makan masa. Kena tahu asas rangkaian, jenis-jenis VPN dan kesesuaian penggunaannya, protocol VPN, dan konfigurasi Server dan Client VPN. Kalau tak pernah setup, memang banyak juga nak kena tahu.
Kemudian kena tahu pula konfigurasi pada router untuk buka port ataupun port forwarding. Kemudian kena tahu macam mana nak allow firewall rule. Konsep asas sama je, tapi lain brand firewall, lain interface dia. Kadang jenuh nak cari setting kalau tak pernah guna.
Pernah tak anda hadapi masalah berikut?
💢 Susah nak akses server atau homelab dari luar kerana IP dinamik & NAT
💢 Takut nak buka port pada router sebab isu keselamatan
💢 Gagal setup VPN sendiri sebab terlalu teknikal dan rumit
💢 Perlukan kaedah yang SELAMAT & MUDAH untuk sambungan jarak jauh
💢 Terlalu banyak firewall & NAT halang sambungan peer-to-peer
Kalau YA, anda patut belajar guna Tailscale!
Tailscale dicipta berasaskan protokol Wireguard dengan adaptasi teknologi NAT-Traversal dan Mesh VPN. Dengan menggunakan Tailscale, anda boleh cipta rangkaian virtual private dengan mudah dan selamat.
🛎 Kenapa guna Tailscale?
✅ Percuma sehingga 100 device untuk penggunaan peribadi
✅ Tiada port forwarding dan tidak perlu setting pada router atau firewall
✅ Semua peranti boleh bersambung terus secara peer-to-peer
✅ Sambungan VPN boleh dibuat dengan mudah
✅ Multi-platform: Windows, Linux, macOS, iOS, Android – semua boleh!
📚 Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Kelas Ini?
✅ Apa itu VPN dan bagaimana ia berfungsi
✅ Konsep asas Mesh VPN dalam Tailscale
✅ Bagaimana NAT Traversal VPN berfungsi
✅ Pemasangan Tailscale dan pengurusan node
✅ Penggunaan Subnet Router & Exit Node dalam Tailscale
🔥 Anda WAJIB Sertai Kelas Ini Jika Anda..
✅ Belum pernah guna teknologi VPN
✅ Baru nak cuba Tailscale dan mahu belajar secara praktikal
✅ Ada homelab atau self-hosted app/server dan nak akses dari luar
✅ Nak tingkatkan keselamatan sambungan antara peranti/server anda
✅ Anda seorang pelajar, pensyarah, developer, sysadmin atau IT engineer yang ingin kuasai Mesh VPN menggunakan Tailscale
🚫 Kelas Ini TIDAK Sesuai Jika Anda jika Anda..
❌ Sudah mahir dengan VPN dan advanced configuration
❌ Dah biasa guna Tailscale secara aktif
❌ Tidak kisah tentang keselamatan rangkaian atau remote access
❌ Tiada minat nak belajar konsep Mesh VPN
❌ Tidak bersedia untuk belajar dari asas
🔥 Jom sertai Kelas Tailscale 101!
📅 Tarikh: 10 April 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 PM - 11.00 PM
📍 Platform: Online - Microsoft Teams
🎓 Sijil & rakaman disediakan!
👉 Tempat TERHAD untuk 50 peserta sahaja! Daftar segera sebelum penuh!
🌐 https://kelasinfra.com/tailscale101
🌐 https://kelasinfra.com/tailscale101
🌐 https://kelasinfra.com/tailscale101