EP9: Protokol Rangkaian Umum
Belajar apakah protokol-protokol umum dalam rangkaian dan apakah fungsinya.
Antara perkara asas dalam mempelajari rangkaian adalah mengetahui protokol-protokol yang ada dalam rangkaian dan bagaimana ia berfungsi.
Antara protokol umum ataupun kebiasaanya digunakan adalah :
HTTP : Hypertext Transfer Protocol
Ia digunakan untuk meminta dan menghantar kandungan laman web antara server dan juga web browser.HTTPS : Hypertext Transfer Protocol Secure
Ia sama seperti protokol HTTP tetapi dengan penambahan lapisan keselamatan dengan cara membuat penyulitan trafik menggunakan SSL Certificate. Baca bagaimana SSL Certificate berfungsi di :EP4: Bagaimana SSL Certificate Berfungsi
·Perasan tak, bila anda buka sesebuah laman web, kebiasaannya akan ditulis HTTPS dan juga akan ada ikon Padlock pada ruang URL pada pelayar web? Hal itu disebabkan oleh laman web tersebut mempunyai SSL Certificate! SSL Certificate (Secure Sockets Layer Certificate) merupakan sijil digital yang mengesahkan identiti laman web dan menyulitkan maklumat yang di…
DNS : Domain Name System
Protokol DNS membantu untuk menterjemahkan nama domain kepada alamat IP. Baca bagaimana DNS berfungsi di :EP5: Bagaimana DNS Berfungsi?
·Pernahkah anda terfikir, apa yang berlaku apabila anda masukkan nama domain dalam web browser, kemudian dalam beberapa saat, anda terus boleh mendapatkan kandungan laman web ? Ada banyak perkara yang berlaku disebaliknya. Salah satu perkara yang utama yang berlaku adalah “DNS Resolution” ataupun proses penterjemaahan daripada nama domain kepada IP addres…
TCP : Transmission Control Protocol
Protokol TCP merupakan protokol pemindahan data antara komputer, server atau peranti dalam rangkaian. Ia akan memastikan data yang dihantar sampai kepada destinasi dengan menggunakan teknologi 3-way handshake untuk membuat semakan. Ia digunakan bersama dengan protokol IP ataupun Internet Protocol yang mana ia menguruskan alamat dan laluan data dalam rangkaian.UDP : User Datagram Protocol
Protokol UDP sama seperti protokol TCP akan tetapi ia tidak akan memastikan data yang dihantar sampai kepada destinasi kerana ia tidak membuat semakan ataupun menggunakan teknologi 3-way handshake.ICMP : Internet Control Message Protocol
Ia merupakan protokol yang digunakan untuk membuat semakan capaian antara komputer atau server dalam rangkaian. Ia digunakan bersama alat Ping yang akan menghantar paket ICMP kepada destinasi, kemudian menunggu maklumbalas dan semak samada data tersebut sampai ke destinasi ataupun tidak.FTP : File Transfer Protocol
FTP merupakan protokol pemindahan fail antara client dan server. Pengguna boleh memindahkan fail tanpa sebarang pengesahan keselamatan atau juga dengan pengesahan keselamatan asas seperti username dan password. Keselamatan pemindahan fail ini boleh ditambah baik dengan menggunakan protokol FTPS - File Transfer Protocol Secure yang memerlukan SSL Certificate.SCP : Secure Copy Protocol
Protokol SCP berfungsi sama seperti FTP iaitu untuk pemindahan fail antara client dan server namun tahap keselamatan dipertingkatkan kerana ia menggunakan protokol SSH untuk membuat sambungan.SSH : Secure Shell
SSH merupakan satu protokol yang digunakan untuk membuat sambungan selamat antara client dan server, kemudian membenarkan arahan dilaksanakan dalam server secara remote. Ia juga menyokong pemindahan fail melalui protokol SFTP - Secure file Transfer ProtocolSNMP : Simple Network Management Protocol
SNMP merupakan protokol yang digunakan untuk membuat pemantauan pada peranti rangkaian seperti router, switch dan firewall. Ia akan menghantar maklumat seperti jumlah penggunaan CPU, memory dan trafik.DHCP : Dynamic Host Configuration Protocol
Protokol DHCP digunakan untuk memberikan alamat IP pada peranti dalam rangkaian secara automatik. Ia memerlukan DHCP server yang biasanya tersedia dalam router dan juga DHCP client yang tersedia dalam peranti yang bersambung dengan rangkaian.NTP : Network Time Protocol
Protokol ini digunakan untuk synchronize masa komputer dan server dalam rangkaian.SMTP : Simple Mail Transfer Protocol
SMTP digunakan untuk menghantar email dari komputer ke mail server ataupun antara mail server.POP3 : Post Office Protocol version 3
POP3 merupakan protokol email dimana ia digunakan untuk memuat turun email ke email client seperti Outlook dan sebagainya. Kemudian, ia akan memadam salinan email tersebut yang berada dalam server.IMAP : Internet Message Access Protocol
IMAP juga merupakan salah satu protokol email dimana ia akan synchronize email antara mail server dan juga mail client.
Follow media sosial Inframesia di :
Facebook : https://www.facebook.com/inframesia
Instagram : https://www.instagram.com/infra.mesia/
Threads : https://www.threads.net/@infra.mesia
X : https://twitter.com/inframesia
LinkedIn : https://www.linkedin.com/company/inframesia
TikTok : https://www.tiktok.com/@inframesia
Youtube : https://www.youtube.com/@inframesia